|
|
| Saturday, 9-Jan-2010 10:44 |
Email | Share | | Bookmark |
|
HONEY VILLA : Destinasi penginapan terkini di Melaka
|
|
Melaka kini diiktiraf sebagai Bandaraya Warisan Dunia. Banyak destinasi menarik yang boleh anda kunjungi di Melaka. Selain dari melawat tempat-tempat bersejarah seperti Muzium Kesultanan Melayu Melaka, Muzium Belia, Bangunan Stadhuys Muzium Samudera, Menara Jam dan sebagainya. Anda juga boleh menikmati panorama Bandaraya Melaka menerusi Menara Taming Sari dan keindahan Selat Melaka di atas Eye On Malaysia. Di sini anda juga berpeluang mengunjungi beberapa destinasi menarik di Ayer Keroh seperti Zoo Melaka, Taman Mini Malaysia & Taman Mini Asean, Taman Buaya, Taman Botanikal. Bagi yang gemar membeli belah anda boleh menikmati kepelbagaian barangan berjenama di beberapa pusat membeli belah di Melaka.
Lokasi kami yang strategik dan berhampiran dengan kemudahan-kemudahan dan tempat-tempat menarik :
•500 m dari Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri, Pasaraya MYDIN, Bowling Center dan MITC
•2 km dari Plaza Tol Ayer Keroh, Zoo Melaka, Taman Mini Malaysia, Taman Botanikal dan Taman Buaya, Taman Seribu Bunga, Pasaraya Jusco dan Parkson
•4 km dari Dataran MBMB, Melaka Mall, Pasaraya Jusco dan Parkson.
•2 minit memandu untuk makan-makan di Restoran Ikan Bakar Malim, dan Restoran Tom Yam Naiman, Restoran Shubaidah 24 jam
•15 minit memandu ke Pusat Bandaraya Melaka
Kami mengalu-alukan kedatangan ke Melaka menginap di Honey Villa. Di Honey Villa kami menjanjikan kemudahan penginapan yang mesra, selesa dan menjimatkan. Tiada lagi masalah tentang penginapan. Honey Villa juga sesuai untuk tetamu yang menghadiri majlis-majlis perkahwinan. Kini anda boleh melancong sekeluarga dan menginap di bawah satu bumbung.
Jom ke Melaka dan menginaplah di Honey Villa. Segalanya ada di sini !
Untuk keterangan lanjut dan gambar-gambar berkaitan sila layari http://honeyvilla.wordpress.com
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 20-Dec-2009 15:20 |
Email | Share | | Bookmark |
|
HARI KELUARGA BANI HASHIM 2009
|
|
Hari keluarga Bani Hashim 2009 telah diadakan di Kuala Linggi, Melaka pada 19-20 Disember 2009. Beberapa gambar menarik telah TM dirakamkan. Sila layari facebook TM untuk menyaksikan gelagat mereka.
Tok Mie
tokmie_88@yahoo.com
019.6556.019
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 17-Nov-2009 16:57 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kunjungan Balas Pejabat Daerah Muar ke PDMT
|
|
Kecil tapak tangan, Wisma Negeri kami tadahkan. Begitulah besarnya hati Pegawai Daerah Melaka Tengah, En Roslan Ibrahim menyambut kunjungan balas Pegawai Daerah Muar bersama 50 wargakerjanya ke PDMT pada 16 November 2009.
Sebelum ini, Pegawai Daerah Melaka Tengah bersama beberapa pegawai kanan telah mengadakan lawatan ke PDM bertujuan bertukar-tukar pendapat dan idea bagi memantapkan lagi sistem pentadbiran daerah dan pentadbiran tanah di daerah ini.
Kunjungan balas diraikan didahului dengan taklimat pentadbiran yang berlangsung kira-kira sejam di Bilik Gerakan Daerah PDMT. Rombongan juga dibawa melawat ruang-ruang pejabat dan beramah mesra dengan wargakerja PDMT.
Program kunjungan balas dimeriahkan lagi dengan perlawanan badminton persahabatan yang berlangsung di Mini Stadium Bestari dan perlawanan bowling persahabatan di Ampang Superbowl.
Kapal dagang dari seberang,
sarat muatan kayu meranti
dari Muar tuan puan datang
kami di sini sedia menanti.
Tok Mie
( gambar-gambar akan dimuat turun dari masa ke semasa )
|
|
|
|
|
|
| Monday, 19-Oct-2009 15:20 |
Email | Share | | Bookmark |
|
REALITI SEINDAH MIMPI Seela & Farid
|
|
Pengantin : Seela & Farid
Lokasi : Seremban & Kota, N. Sembilan
Andaman & Make up : Zul (019-6227469)
Sila nyatakan tarikh, lokasi dan aturcara majlis secara ringkas semasa membuat pertanyaan. Terima kasih.
Tok Mie
019.6556.019
tokmie_88@yahoo.com
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 5-Jul-2009 18:56 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Ridzwan & Nurdiana Taman Tasik Utama, Melaka
|
|
Tok Mie
019.6556.019
tokmie_88@yahoo.com
Sila nyatakan tarikh dan lokasi majlis anda semasa membuat pertanyaan. Terima kasih.
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 1-Jul-2009 15:44 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Farid dan Seela : Pre Wedding @ Kedai Zul
|
|
Dah tinggal beberapa hari lagi, kalau nak dibilang dengan jari sebelah tangan pun dah cukup. Farid dan Seela datang ke butik Zul untuk "menerai" baju persandingan mereka. Kedai Zul memang meriah dengan baju, majalah dan dan macam-macam lagi..maklumlah... butik@rumah orang bujang.
Majlis pernikahan akan diadakan di rumah pengantin perempuan pada 3 Julai 2009 jam 8.30 malam dan persandingan akan berlangsung di Taman Permai 2, Seremban pada 4 Julai 2009. Majlis bertandang pula akan disempurnakan di Kota, Negeri Sembilan keesokan harinya.
Semoga, majlis mereka berlangsung dengan sempurnanya. Insyaallah.
Tok Mie
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 28-Jun-2009 22:01 |
Email | Share | | Bookmark |
|
SEANDAINYA AKU ANGKASAWAN KE-3 NEGARA
|
|
So beginilah agaknya gembiranya sanak saudaraku di saat-saat roket meluncur ke angkasa.....peh....memang sedih nak meninggalkan mereka. Tapi apa nak di kata..tanggungjawab sebagai ANGKASAWAN KE 3 NEGARA harus dipikul dibahu.
" Jangan lupa.... tiba kat sana terus panaskan ye" Teringiang-ngiang suara mak ku berpesan sambil menghulurkan tepen (mangkuk tingkat) berisi asam pedas ikan parang kegemaranku.
Tak dapat aku bayangkan gegaran di dalam kokpit sehingga kamera D70s kesayanganku tak mampu menahan gegaran, sekalipun dipasang lense 70-200 VR F2.8 ( Ala...yang macam Dr Malek pakai tuuu ).
Sehampir aku sampai ke ISS tiba-tiba henpon yang ku beli di Melaka Sentral pun berbunyi....TRUUUUT TRUUTTT TRUTTT . Eh! Kat atas ni pun ada coverage? Siapa pulak yang telefon aku ni...dah kenapa lain mcm pulak ringtone nya. Kan aku dah set ringtone nya lagu Misteri Cinta ( Sohaimi Mior Hassan).
"Dah ler bang....bangun ler....Si Apis tu...dah tunggu depan rumah nak ngikut ambik gambau..." Suara isteri ku yang sayup-sayup kedengaran. Lalu aku matikan alarm henpon yang mengganggu mimpiku...
Ya...korang gelak lah..( memang patut pun korang gelak ). Tapi manalah tau..rezeki Allah nak bagi...ala-ala filem Armageddon (1998) ye tak. He he he ......
Sebenarnya gambar ni dah lama aku perapkan.....dah ramai yang tanya...jadi aku cuba menyampaikan hasrat mereka untuk muncul di alam cyber ni. Gambar keluarga Hj. Jamil ( bukan En. Jamel Madu 3 ye) ini dirakamkan di Dewan MBMB sempena majlis Bertandang Nurul Hidayah & Mohd Husni pada 25 Jan 2009. Ku paparkan gambar kalian semoga ikatan kekeluargaan di antara kita semakin erat.
TOK MIE
|
|
|
|
|
|
| Friday, 8-May-2009 15:45 |
Email | Share | | Bookmark |
|
FP Honey Yasmin dah update!!!!!
|
|
Mmmm... lamanya tok mie x update cerita pasal Honey Yasmin. Maklum la sibuk..So dia pun pas la kat kak leez (mama Min). Kira serah tugas la ni..Kak leez pulak memang minat menulis cerita. Kak Leez cuba uploadkan gambar Honey Yasmin mengikut perkembangannya. Lagipun biasanya Mama lagi alert tentang perkembangan anak berbanding ayah. Betul tak?
Untuk mengikuti perkembangan FP Honey Yasmin layari lah http://honeyyasmin.fotopages.com
kak leez
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 8-Apr-2009 09:54 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Nurul Ramdhanis & Mohd Azlan Datuk Hj. Haziz
|
|
Make-up & Pakaian : Zul 019-6227469
Fotografi : Tok Mie
Tok Mie
019.6556.019
tokmie_88@yahoo.com
Sila nyatakan lokasi, tarikh dan aturcara majlis apabila membuat pertanyaan. Terima kasih.
|
|
|
|
|
|
| Friday, 27-Mar-2009 04:40 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Petua Perkahwinan:Bagaimana mengelakan Imam tanya banyak soalan?
|
|
Jalan nak ke rumah pengantin pun semudah yang disangka. Bak kata budak-budak...sambil korek hidung pun boleh drive cari rumah. Ha ha ha...sebenarnya...bila si keli pulang ke lubuknya...Sungai Rambai..tanah tumpahnya darahku...
Majlis perkahwinan Mohd Fadil & Bahariah memang ringkas tapi meriah. Saudara mara, adik beradik, sepupu sepapat pendek kata semua kroni pengantin sangat ceria dan mesra. Bersama TM sepanjang kerja-kerja menge"shoot" ialah Jamal ( http://scamboy.fotopages.com ) dan Mizi ( Officemate TM ).
Majlis pernikahan berjalan sangat lancar....kali pertama kami dapati Tok Imam berada di dalam majlis lebih awal dari kami. Bagi Jamal dan Mizi mungkin rasa dah terlambat tapi bagi TM erm....begitulah hendaknya.Fadil ternyata tak gugup...Bahariah pulak nampak begitu yakin dengan Fadil. Tok Imamnya pun senyummmmm jer....dan majlis pernikahan disempurnakan dengan jayanya.
Jamal : Wah baguslah Tok Imam tu...tak banyak tanya pun....lega pengantin.
TM : Si Fadil tu dah selalu jumpa Tok Imam tu...makan semeja. Silap-silap gi masjid pun naik motor berdua...memang kamcing lah.....maklumlah bapak mertua.....
Begitulah kelebihannya dapat kawin dengan anak Tok Imam yang sayangkan menantu.
Tok Mie
019.6556.019
tokmie_88@yahoo.com
* sila nyatakan tarikh dan lokasi majlis apabila berurusan menerusi e-mail/sms.
|
|
|
|