Want your
own Fotopage?







 
Gambar Kahwin Jurugambar Perkahwinan Foto Kahwin

By: Tok Mie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 1-Jul-2009 15:44 Email | Share | | Bookmark
Farid dan Seela : Pre Wedding @ Kedai Zul

 
 
 




Dah tinggal beberapa hari lagi, kalau nak dibilang dengan jari sebelah tangan pun dah cukup. Farid dan Seela datang ke butik Zul untuk "menerai" baju persandingan mereka. Kedai Zul memang meriah dengan baju, majalah dan dan macam-macam lagi..maklumlah... butik@rumah orang bujang.

Majlis pernikahan akan diadakan di rumah pengantin perempuan pada 3 Julai 2009 jam 8.30 malam dan persandingan akan berlangsung di Taman Permai 2, Seremban pada 4 Julai 2009. Majlis bertandang pula akan disempurnakan di Kota, Negeri Sembilan keesokan harinya.

Semoga, majlis mereka berlangsung dengan sempurnanya. Insyaallah.

Tok Mie


Sunday, 28-Jun-2009 22:01 Email | Share | | Bookmark
SEANDAINYA AKU ANGKASAWAN KE-3 NEGARA

 
 
 


So beginilah agaknya gembiranya sanak saudaraku di saat-saat roket meluncur ke angkasa.....peh....memang sedih nak meninggalkan mereka. Tapi apa nak di kata..tanggungjawab sebagai ANGKASAWAN KE 3 NEGARA harus dipikul dibahu.

" Jangan lupa.... tiba kat sana terus panaskan ye" Teringiang-ngiang suara mak ku berpesan sambil menghulurkan tepen (mangkuk tingkat) berisi asam pedas ikan parang kegemaranku.

Tak dapat aku bayangkan gegaran di dalam kokpit sehingga kamera D70s kesayanganku tak mampu menahan gegaran, sekalipun dipasang lense 70-200 VR F2.8 ( Ala...yang macam Dr Malek pakai tuuu ).

Sehampir aku sampai ke ISS tiba-tiba henpon yang ku beli di Melaka Sentral pun berbunyi....TRUUUUT TRUUTTT TRUTTT . Eh! Kat atas ni pun ada coverage? Siapa pulak yang telefon aku ni...dah kenapa lain mcm pulak ringtone nya. Kan aku dah set ringtone nya lagu Misteri Cinta ( Sohaimi Mior Hassan).

"Dah ler bang....bangun ler....Si Apis tu...dah tunggu depan rumah nak ngikut ambik gambau..." Suara isteri ku yang sayup-sayup kedengaran. Lalu aku matikan alarm henpon yang mengganggu mimpiku...

Ya...korang gelak lah..( memang patut pun korang gelak ). Tapi manalah tau..rezeki Allah nak bagi...ala-ala filem Armageddon (1998) ye tak. He he he ......

Sebenarnya gambar ni dah lama aku perapkan.....dah ramai yang tanya...jadi aku cuba menyampaikan hasrat mereka untuk muncul di alam cyber ni. Gambar keluarga Hj. Jamil ( bukan En. Jamel Madu 3 ye) ini dirakamkan di Dewan MBMB sempena majlis Bertandang Nurul Hidayah & Mohd Husni pada 25 Jan 2009. Ku paparkan gambar kalian semoga ikatan kekeluargaan di antara kita semakin erat.

TOK MIE





Friday, 8-May-2009 15:45 Email | Share | | Bookmark
FP Honey Yasmin dah update!!!!!



Mmmm... lamanya tok mie x update cerita pasal Honey Yasmin. Maklum la sibuk..So dia pun pas la kat kak leez (mama Min). Kira serah tugas la ni..Kak leez pulak memang minat menulis cerita. Kak Leez cuba uploadkan gambar Honey Yasmin mengikut perkembangannya. Lagipun biasanya Mama lagi alert tentang perkembangan anak berbanding ayah. Betul tak?

Untuk mengikuti perkembangan FP Honey Yasmin layari lah http://honeyyasmin.fotopages.com

kak leez


Wednesday, 8-Apr-2009 09:54 Email | Share | | Bookmark
Nurul Ramdhanis & Mohd Azlan Datuk Hj. Haziz

 
 
 
View all 13 photos...













Make-up & Pakaian : Zul 019-6227469
Fotografi : Tok Mie

Tok Mie
019.6556.019
tokmie_88@yahoo.com

Sila nyatakan lokasi, tarikh dan aturcara majlis apabila membuat pertanyaan. Terima kasih.


Friday, 27-Mar-2009 04:40 Email | Share | | Bookmark
Petua Perkahwinan:Bagaimana mengelakan Imam tanya banyak soalan?

 
 
 




Jalan nak ke rumah pengantin pun semudah yang disangka. Bak kata budak-budak...sambil korek hidung pun boleh drive cari rumah. Ha ha ha...sebenarnya...bila si keli pulang ke lubuknya...Sungai Rambai..tanah tumpahnya darahku...

Majlis perkahwinan Mohd Fadil & Bahariah memang ringkas tapi meriah. Saudara mara, adik beradik, sepupu sepapat pendek kata semua kroni pengantin sangat ceria dan mesra. Bersama TM sepanjang kerja-kerja menge"shoot" ialah Jamal ( http://scamboy.fotopages.com ) dan Mizi ( Officemate TM ).

Majlis pernikahan berjalan sangat lancar....kali pertama kami dapati Tok Imam berada di dalam majlis lebih awal dari kami. Bagi Jamal dan Mizi mungkin rasa dah terlambat tapi bagi TM erm....begitulah hendaknya.Fadil ternyata tak gugup...Bahariah pulak nampak begitu yakin dengan Fadil. Tok Imamnya pun senyummmmm jer....dan majlis pernikahan disempurnakan dengan jayanya.

Jamal : Wah baguslah Tok Imam tu...tak banyak tanya pun....lega pengantin.
TM : Si Fadil tu dah selalu jumpa Tok Imam tu...makan semeja. Silap-silap gi masjid pun naik motor berdua...memang kamcing lah.....maklumlah bapak mertua.....

Begitulah kelebihannya dapat kawin dengan anak Tok Imam yang sayangkan menantu.




Tok Mie
019.6556.019
tokmie_88@yahoo.com

* sila nyatakan tarikh dan lokasi majlis apabila berurusan menerusi e-mail/sms.










[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net